<body> <body>

Thursday, November 8, 2007
♥ 7:46 AM

Watak Dan Perwatakan
dalam cerpen Pendidik Milenium
karya Khairool Haque Abdul Kadir

Terdapat tiga watak sahaja di dalam cerpen ini. Mereka ialah Cikgu Halim, Hakim dan Ms Wong. Namun begitu masih-masih mempunyai perwatakan sendiri yang membezakan watak-watak di dalam cerpen ini.

Watak Cikgu Halim di dalam cerpen ini digambarkan sebagai seorang yang cepat marah. Dia telah memarahi Hakim dan rakan-rakan sekelasnya pada awal cerita ini tanpa sebab yang pasti. Dia juga telah menghina mereka sehingga Hakim berasa sangat terganggu dengan hinaannya itu dan kerap memberitahu dirinya bahawa dia bukan seperti apa yang dihina Cikgu Halim itu. Oleh kerana sikapnya yang suka marah tanpa sebab-sebabnya ramai pelajar tidak menyukai Cikgu Halim meskipun dia boleh dikatakan antara guru yang tampan di dalam sekolah itu. Cikgu Halim juga digambarkan sebagai orang yang cepat marah kerana telah dinyatakan bahawa dia berasa marah setelah memberitahu Ms Wong bahawa dia ternampak Hakim yang ketika itu baru sahaja habis latihan pengakapnya. Dia mungkin berasa marah kerana takut Hakim mengetahui tentang hubungan sulitnya dengan Ms Wong dan Hakim bakal merosakkan kesemua rancangannya dan mengaibkan dirinya. Akhir sekali, Cikgu Halim seorang yang cepat marah kerana dia memarahi Hakim hanya kerana karangan Hakim . Ia sepatutnya ditulis mengenai Singapura namun Hakim telah mengaitkan dengan kaum-kaum yang berlainan bangsa yang hidup pada zaman nabi dahulu. Meskipun kaitan yang dibuat Hakim itu wajar, Cikgu Halim masih memarahinya dengan teruk sekali untuk menutupi malunya.
Cikgu Halim juga boleh disifatkan sebagai seorang pembohong kerana di awal cerita sewaktu dia sedang memarahi kelasnya tanpa sebab, dia telah mengatakan bahawa dia penat menyemak buku-buku kerja pelajar-pelajarnya. Namun begitu, Hakim mendapati bahawa buku kerjanya masih di dalam beg sekolahnya kerana telah dikembalikan Cikgu Halim minggu yang lalu. Lantas ini menunjukkan pembohongan yang telah dilakukan Cikgu Halim yang menunjukkan bahawa dia seorang pembohong.
Cikgu Halim juga seorang yang tidak adil. Ini kerana dia telah memberikan pelajar-pelajarnya kertas latihan tatabahasa yang mempunyai soalan-soalan yang agak payah dan menyuruh mereka menghantar kertas latihan tersebut keesokkan harinya. Ini ialah sesuatu perbuatan yang tidak adil kerana dia belum lagi mengajar mereka cara-cara menjawab soalan-soalan seperti di kertas latihan tersebut. Cikgu Hakim juga telah menyuruh Hakim keluar dari kelasnya walaupun apa yang dikatakan Hakim itu mengenai karangannya itu benar. Ini hanya untuk menutup malunya yang lantas menunjukkan ketidakadilnya kepada Hakim.
Watak Hakim pula digambarkan sebagai seorang yang suka memberontak samada di dalam hati ataupun tidak jika dia tidak merasa puas hati dengan sesuatu. Di dalam cerpen ini, Hakim membentak di dalam hatinya apabila Cikgu Halim menghinanya dan rakan-rakan sekelasnya. Ini dilakukannya untuk memuaskan hatinya yang ketika itu sedang marah. Hakim juga memberontak di dalam hatinya dengan mengutuk guru pengakapnya apabila dia dan para pengakap yang lain disuruh berlakon menjadi seorang pengakap yang baik sehingga mereka menjadi seakan sebuah robot.
Akhir sekali, Hakim seorang yang tidak suka dikonkong. Dia tidak suka apabila guru pengakapnya menyuruh dia dan para pengakap yang lain berlakon menjadi seorang pengakap yang baik dan mengikut semua rancangan yang telah diprogramkan mereka. Ini semua hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada sekolah yang datang mengunjungi mereka dan Hakim merasa terkonkong kerana diperbuat seperti sebuah robot. Hakim juga ingin bebas dari Cikgu Halim yang telah membuatnya benci pada Bahasa Ibundanya sendiri malangnya Hakim tidak dapat melakukan apa-apa. Lantas Hakim ingin menyikirkan Cikgu Halim dari hidup agar dia boleh merasa bebas.
Untuk watak Ms Wong pula, dia boleh dikatakan sebagai seorang wanita yang tidak adil dalam mengerjakan perkerjaannya. Ini kerana dia telah menyuruh Hakim keluar dari pejabatnya sebelum Hakim memberitahunya mengenai kejadian dia dan Cikgu Halim yang dianggap menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang guru. Dia tidak berkelakuan adil kepada Hakim kerana dia sebenarnya mempunyai hubungan sulit dangan Cikgu Halim lantas akan tetap membela Cikgu Halim walaupun dia telah melakukan suatu kesalahan.
Ms Wong juga seorang yang tidak mudah risau kerana dia tetap bersahaja dan masih gembira meskipun Cikgu Halim telah memberitahunya bahawa dia ternampak pelajar-pelajar pengakap baru sahaja selesai latihan mereka ketika itu dan dia mengesyaki bahawa ada orang yang telah nampak dan tahu akan hubungan sulit mereka itu.Ini menunjukkan sifat Ms Wong yang masih tenang meskipun maruahnya terancam.
Lantas kesemua ini menerangkan lagi mengenai
watak-watak yang ada di dalam cerpen ini.


Diriku

Nabilah Bte Mohd Rashid
pelajar sastera di BPGHS
4M1

Linkasi


Cikgu Sazali
Musfirah
& KREDIT

layout: + +
fonts: +
brushes: + +
image: +

& Bagaikan Diriku Tapak Sulaiman
Kasih Berkalih Tuju - Elyana